Pengerusi Tahfiz Keluar Kenyataan Sindir Mangsa Rogol Dikecam Netizen

GAYA HIDUP
July 21, 2022 - 11:20 AM


Seorang pengerusi tahfiz dikecam oleh rakyat Malaysia apabila mengeluarkan satu posting di Facebook yang berbaur ketidakadilan dan melawak apabila menyalahkan mangsa rogol yang masih di bawah umur.

Ini berkaitan dengan kes seorang pendakwah bebas yang ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa merogol kanak-kanak berusia 14 tahun.

“Ustaz F&N penceramah bebas di tahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berumur 14 tahun.

“Berkali-kali hebat juga, ustaz yang hebat atau gadis 14 tahun tu yang hebat, berkali-kali perginya? Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut,” katanya di Facebook.

Hantaran beliau ini terus menerima kecaman dari netizen yang tidak berpuas hati apabila seorang pengerusi tahfiz sanggup menyalahkan mangsa bawah umur sebagai ‘perogol’.

Sama ada beliau tidak tahu apa itu sexual grooming ataupun tiada empati buat mangsa rogol. Posting tersebut ternyata membuat netizen marah dan melontarkan kata kata kejian sehingga akaun Facebook nya deactivate akibat dilapor oleh netizen

Destination: