Harga Barang Naik, Gaji Ketua Menteri & ADUN Sabah Pun Naik!
GAYA HIDUPPersidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul untuk menaikkan saraan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota pentadbiran negeri yang lain.
Usul untuk Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan (Saraan) (Pindaan) 2022 dicadangkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor itu telah diluluskan dengan suara terbanyak.
Dengan kelulusan itu,
- saraan Ketua Menteri yang sebelum ini RM23,595 sebulan dinaikkan kepada RM33,033;
- Timbalan Ketua Menteri RM20,872.50 (RM29,221.50)
- Menteri RM16,335 (RM22,869)
- Speaker DUN RM16,335 (RM22,869)
- Pembantu Menteri RM12,705 (RM17,787)
- Timbalan Speaker DUN RM12,705 (RM17,787)
- ADUN RM7,950 (RM11,130)
- Setiausaha Politik RM5,445 (RM7,623)
Usul tersebut ternyata membuat netizen marah dan merasakan tidak patut kerana dalam keadaan ekonomi yang teruk, bebanan hidup rakyat yang semakin meningkat dengan mudah gaji mereka dinaikkan. Sementara rakyat masih menerima gaji minima RM 1, 200.
Ketua Menteri
— Shahrizal Denci 🇲🇾 (@DenciShahrizal) July 19, 2022
RM23,595 ➡️ RM33,033
Timbalan Ketua Menteri
RM20,872.50 ➡️ RM29,221.50
Menteri
RM16,335 ➡️ RM22,869
Why do we need to suffer with inflation and they keep enriching themselves? pic.twitter.com/tGFdYZ0fmV