Container Homestay by VILLA CHEE @ Sekinchan, 1 Malam Hanya RM150

TRAVEL
August 08, 2022 - 06:38 PM


Sekincan sememangnya popular dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang, begitu indah mata memandang sehingga kebanyakkan iklan-iklan di TV menjadikannya sebagai tempat penggambaran. 

Disebabkan tempat ini begitu popular pelbagai homestay mula dibina sekitar sawah padi ini. Sesuatu yang amat kreatif terutama buat warga KL yang teringin untuk merasa pengalaman bangun pagi dijamu oleh pemandangan hijau yang begitu menyegarkan. 

Mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Sekincan begitu sesuai untuk dijadikan sebagai destinasi hujung minggu korang.

Jadi jika korang bercadang untuk ke sana, kami kongsikan satu homestay yang begitu unik sekali. Sesuai untuk dijadikan percutian keluarga dan juga teman-teman rapat.

Container Homestay by VILLA CHEE @ Sekinchan

Selain terletak betul-betul di tengah sawah pagi, homestay ini juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk dilakukan sewaktu menginap di sini. Antaranya korang boleh sewa basikal, bolehlah pusing-pusing swah padi macam dalam tv tu. Feeling kampung gitu. 

Pada waktu malam pula homestay ini akan dilimpahi dengan cahaya lampu di sekitar swimming pool. Sangat cantik dan sesuai untuk lepak-lepak waktu malam sambil membawang.

Lobby dibuka 24jam jadi korang boleh check bila-bila masa. Tempat penginapan ini juga mempunyai sebuah restoran dan kolam renang yang cantik. 

Villa Chee

Lot 3919, Jalan Sawah Ban Site B Sekincan, 45400 Sekincan, Malaysia