"Pilah Kontenastay" : Homestay Berkonsep Kontena Di Tengah-Tengah Dusun Buah

TRAVEL
October 12, 2022 - 12:29 PM


Kuala Pilah merupakan satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan iaitu Kuala Pilah, Jelebu, Jempol, Tampin, Rembau, Port Dikson dan Seremban.

Kedudukan Kuala Pilah adalah terletak di bahagian tengah Negeri Sembilan iaitu di antara Bahau dan Seremban yang juga dikenali sebagai" pekan kecil" dengan keluasan 109,039.58 hektar.

Kuala Pilah sebenarnya terdiri daripada 3 jenis kampung iaitu Kampung Tradisional, Kampung Baru dan juga Kampung Orang Asli.

1) Kampung Tradisional -  merupakan tanah pusaka yang biasanya didiami oleh golongan Melayu

2) Kampung Baru - didiami oleh tiga kaum terbesar di Malaysia

3) Kampung Orang Asli - didiami oleh masyarakat orang asli.

Menariknya, keadaan bentuk muka bumi yang berbukit-bukit di Kuala Pilah dengan hutan simpan yang luas menjadikan suasana alam semulajadi di sini nyaman dan selesa untuk didiami, apatah lagi bagi dijadikan sebuah destinasi percutian.

Jika bercuti ke Kuala Pilah, ada sebuah tempat penginapan menarik iaitu di tengah-tengah ladang buah-buahan seperti Durian, Rambutan, Manggis, Cempedak dan Duku Langsat.

Lokasi penginapan yang dimaksudkan adalah PILAH KONTENASTAY!

Meskipun kontena digunakan sebagai rumah penginapan, namun menariknya hiasan dalaman Pilah Kontenastay ini menampilkan konsep desa tradisional moden yang memang selesa untuk anda beristirehat dari hiruk-pikuk kehidupan kota.

JOM BACA REVIEW DARIPADA TETAMU PILAH KONTENASTAY

Umang ai lawa nyer.. Teraso macam dokek luar negaro pulak. Mulo-mulo ingatkan kat San Francisco tapi sebenarnya cumo di Kampung Parit Kuala Pilah ajo. Hanya 5 minit dari pokan Kuala Pilah.

Dengar cerita ramai mat saleh dah mulo datang sini dah sobab pakej percutian nya ala-ala kampung. Sapo yang berminat nak bercuti-cuti ala inggeris dalam dusun buah-buahan ditemani udara segar dan nyaman serta jauh dari hiruk pikuk kota. Mehlah ke sini ok. Sesuai untuk:

  • Cuti bersama family
  • Family day
  • Perjumpaan kaum kerabat
  • Meeting
  • Perkhemahan pelajar
  • Hari Raya

Kalau musim buah, mehlah datang sini. Boleh makan sampai muak. Macam – macam buah ada. Free jer.

Sapo nak ghaso makan Daging Salai Masak Lomak Cili Api orang kampung kaw-kaw punyo boleh juga ke sini kerana owner sendiri adalah pembekal pes masak lomak cili api (warisan Nismilan)

Harga pakej sebilik bermula RM85 – RM170

Pilah Kontenastay

Lokasi: 40, Batu 23 1/2, Kampung Parit 72000 Kuala Pilah.
Hubungi: 012-2756862 (Itri Hanif)

Destination: