Restoran Kukus - Warung Bersarapan Ala Zaman P.Ramlee Di Klang, Selangor

FOODIE
August 10, 2022 - 06:45 PM


Bagi warga kota Kuala Lumpur atau Selangor yang teringin merasai pengalaman bersarapan dengan suasana nostalgia zaman retro 70-an seperti dalam filem P.Ramlee, korang boleh cuba ke sebuah kedai makan di Klang, Selangor ini.

Dinamakan sebagai restoran "KUKUS" -- makan pagi di sini bakal membuatkan korang seperti berada di era sekitar tahun 70an atau 80an apabila dendangan lagu-lagu 'hits' filem P.Ramlee berkemundang sebagai halwa telinga pengunjung.

Dengan dekorasi dalaman ala-ala 'warung kampung' serta dihiasi pelbagai barangan vintage dan permainan tradisional seperti congkak dan teng-teng pasti membangkitkan mood sarapan yang berbeza berbanding kebiasaannya.

Lebih menarik apabila para pelayan di restoran Kukus ini juga lengkap mengenakan pakaian tradisional seperti berbaju Melayu hitam dan bersongkok seperti orang Melayu dulu-dulu.

Jika singgah bersarapan di restoran Kukus ini korang wajib mencuba menu sarapan klasik seperti lempeng kelapa, pisang dan ubi rebus serta telur goyang bersama minuman kopi kampung.

Lagi satu orang kata kalau dah ke sini, korang juga kena cuba hidangan Tongmo Bakar mereka iaitu daging sumbat yang dibentuk seperti sosej -- sejenis makanan tradisi masyarakat Kemboja.

Restoran Kukus ini dibuka setiap hari kecuali Rabu dan mereka beroperasi dari 9.30 pagi hingga 3.30 petang.

ALAMAT: 70, Jln Tepi Sungai, Taman Wangi, 41100 Klang, Selangor.

Sumber & Kredit Gambar: Jalan-Jalan Cuti Santai

Destination: