Demi Langsai Hutang, Seorang Ibu Sanggup Jual Anak Dengan Harga 21K

GAYA HIDUP
August 12, 2022 - 05:40 PM


Memetik laporan Daily Star, wanita berkenaan yang dikenali dengan nama Nargiza telah mengiklankan anaknya semata-mata mahu mengumpul wang untuk melangsaikan hutang. Suspek yang berusia 36 tahun itu kemudian mengatur pertemuan dengan pembeli di sebuah pusat membeli-belah.

Namun siapa sangka, perbuatannya ibu kepada tiga anak itu terbongkar selepas salah seorang daripada ahli sukarelawan amal anti perhambaan menyamar menjadi pembeli. Semasa di lokasi kejadian, individu terbabit bertemu dengan suspek dan lebih mengejutkan suspek memberitahu bahawa anak lelakinya itu tidak kisah dipindahkan kepada keluarga lain asalkan dibayar dengan sejumlah wang.

Menurut jurucakap badan amal terbabit, pada awalnya mereka menyangka itu hanyalah satu strategi penipuan yang digunakan Nargiza untuk mendapatkan wang, tetapi ternyata wanita terbabit benar-benar menjual anaknya.

Susulan daripada itu, suspek telah ditahan polis untuk siasatan selanjutnya.

Destination: