"Ku Pinang Kau Dengan Thank You" - Pengantin 'Nervous' Ucap Terima Kasih Sebagai Lafaz Ijab Kabul

GAYA HIDUP
August 15, 2022 - 03:44 PM


Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengantin lelaki tersalah lafaz ijab kabul kerana terlalu berdebar semasa dinikahkan oleh bakal bapa mentuanya, lapor laman berita Wolipop. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dagelan (@dagelan)

Rakaman memaparkan pengantin lelaki menundukkan kepala ketika bersalaman dengan jurunikah yang juga bakal bapa mentuanya.

Selepas jurunikah selesai membacakan mas kahwin, pengantin lelaki itu sebaliknya membalas dengan ucapan terima kasih.

“Saya nikahkan kamu dengan anak saya, Nurul Amalia dengan mas kahwin emas 20 gram beserta peralatan solat, dibayar tunai,” kata bapa pengantin perempuan.

“Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih,” jawab pengantin lelaki itu.

Tetamu yang hadir dilihat terkejut, namun lalu ketawa menyaksikan insiden tersebut. Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Destination: