Bagi Soalan Kaji Selidik Lucah, Pelajar Dedah Pensyarah Masih Bebas Mengajar!

GAYA HIDUP
August 17, 2022 - 12:10 PM


Biarpun setelah setahun melaporkan gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pensyarah, namun masih belum ada apa-apa tindakan dari pihak yang bertanggungjawab. Seorang pelajar nekad untuk mendedahkannya di platform media sosial.

Melalui akaun @awwinnn_ di Twitter, jelas meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan pihak berwajib yang amat perlahan. Beliau menegaskan akibat dari insiden hitam itu, telah membuatkan beliau trauma.

Pada awalnya, ada perasaan hormat antara seorang pelajar dan pensyarah. Beliau tidak menyangka pensyarah tersebut akan menunjukkan satu sisi yang amat mengejutkan.

Menurut mangsa, pensyarah lelaki itu pada mulanya meminta dia menjawab soalan untuk kajian penyelidikan yang dilakukannya. Melalui borang "kaji selidik" nya, jelas pensyarah ini ada niat yang tidak baik terhadap pelajar wanita ini.

Laporan polis telah pun dibuat. Mangsa yang berumur 23 tahun mendakwa pensyarah itu menghubunginya melalui talian telefon. Menurut mangsa, sepanjang perbualan di telefon, pensyarah itu sering kali bertanya soalan mengenai seks dan menggunakan perkataan berbaur lucah.

Lebih menjijikan lagi, pensyarah itu turut memberi bayangan yang dia sedang melakukan onani dan mengajak Farah untuk melakukan perbuatan itu bersama-sama.

Pensyarah tersebut juga pernah datang ke rumahnya, dan menghubunginya meminta untuk menarik balik laporan polis tersebut. Anda boleh dengarkan sendiri rayuan pensyarah tersebut di tweet di bawah.

Moga keadilan berpihak pada mangsa, setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari mana mana pihak.

Destination: