Duta Sheila On 7 Gerak Solo, Tinggalkan Kumpulan?

GAYA HIDUP
August 18, 2022 - 02:41 PM


Antara band dari Indonesia yang masih mempunyai peminat sehingga ke hari ini, sudah tentunya Sheila On 7! Dah lama kita tak dengar berita pasal band kesayangan ramai ni kan. 

Terbaru, setelah lebih 20 tahun menjadi vokalis kumpulan Sheila On 7, Duta berkata sudah tiba masanya dia bergerak solo. Tambah Duta, dia sudah memiliki beberapa lagu solo yang perlu dipersembahkan kepada peminatnya. Meskipun akan menyanyi secara solo selepas ini, Duta menegaskan bahawa dia tidak akan keluar daripada kumpulan tersebut.

"Umur saya dah 42, kalau saya tak cuba sesuatu yang baru sekarang, bila lagi saya perlu cuba? Saya tak tinggalkan kumpulan yang menaikkan nama saya. Cuma buat masa ini, saya hanya bergerak secara solo. Saya tidak mempunyai masalah dengan ahli kumpulan yang lain."

Jelas Duta, namanya mula dikenali di Indonesia, Singapura dan Malaysia menerusi kumpulan tersebut. Selain Duta, pemain dram kumpulan berkenaan iaitu Brian juga telah meninggalkan kumpulan tersebut.

Destination: