Review Port Family Day Paling Ngam! Homestay Villa Kayangan Banting
TRAVELKalau korang tengah cari Homestay untuk family day ataupun gathering dengan kawan-kawan, korang kena baca artikel review kali ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada abang @acaiijawe (Twitter) yang sudi berkongsi review Villa Kayangan yang terletak di Banting, Selangor!
1. Drive paling jauh 1-2 jam dari KL. Tak habis masa kat jalan. Semua mudah datang.
2. Boleh muat 15-20 orang termasuk kanak-kanak dgn selesa.
3. Ada swimming pool tertutup. Kalau berkeluarga, aktiviti mandi manda sangat penting.
4. Ada ruang solat berjemaah yang cukup. Ini penting untuk sesi bonding. Boleh buat tazkirah, borak-borak dsb.
5. Ada ruangan dapur yang lengkap. Tempat BBQ kalau ada lagi bagus.
6. Harga bawah RM1000. Semua ciri-ciri ni ada kat Homestay yang aku stay ni. Sebab tu aku suka.
Antara 'plus' lain yang aku suka:
• Ada air Coway. Jadi ada air bersih (yakin) sejuk dan panas unlimited.
• Tempat BBQ lengkap dengan arang, penyepit, kipas, bekas makanan, pinggan, freezer. Tinggal bawa bahan mentah je.
• Gazebo untuk sambut birthday family.
• Haa, ada satu lagi aku suka. Mereka sediakan tilam dan bantal tambahan banyak. Jadi kalau bilik tak muat, orang lelaki boleh tidur kat ruang tamu beramai-ramai.
Ada 4 bilik 3 bilik air. Semua ada aircond. Ada mesin basuh juga kat bilik air belakang.
Luas homestay: 3,000sqf
Mereka juga ada sediakan breakfast (extra cost) kalau malas keluar. Nak order Nasi Ambeng pun boleh. Tempat ni 10 minit je dari Pantai Morib. Mula2 cadang nak ajak budak2 mandi pantai. Tapi siang malam, main kat swimming pool je taknak keluar. Akhirnya langsung tak ke pantai.
Aku recommend bagi yang nak buat short trip dgn family (atau kawan2). Harga weekend : RM980/sehari. Aktiviti begini sangat membantu rapatkan ikatan silaturrahim ahli keluarga.
Nak tanya kekosongan atau booking boleh contact no ni. https://wa.me/60192883332
Alamat: Lot 540c, Batu 23 3, 4, Kanchong Darat, 42700 Banting, Selangor
Sumber dan Kredit: Faisal Rahim (Twitter)