
"Kau Tahu Tak Kitorang Siapa?" - Lelaki Biadap Ugut Nak Pecat Rider Sebab Hantar Makanan Lambat
TERKINIViral sebuah video di platform TikTok, seorang lelaki mengamuk apabila makanan yang dipesannya lambat sampai ke lokasi telah mencetuskan reaksi daripada netizen
Menerusi video yang dimuat naik oleh @minyakhitamjalanan di laman TikToknya, dia yang merupakan seorang penghantar makanan telah dimarahi oleh individu di sebuah lokasi yang tidak diketahui.
Difahamkan, penghantar makanan itu menjelaskan lelaki tersebut memberi maklumat penghantaran yang salah kepadanya namun, sebaik sahaja dia tiba di lokasi, lelaki itu bertindak memarahinya dan memberi ugutan mahu memecat dirinya.
Tidak gentar dengan ugutan lelaki itu, penghantar makanan tersebut mencabarnya untuk membuang dia daripada pekerjaan tersebut memandangkan dia mendakwa pihaknya adalah rakan kongsi kepada grab food.