"Dah Boleh Mintak Refund!" - Justin Bieber Sah Tangguh Konsert Di Malaysia

TERKINI
October 07, 2022 - 12:36 PM


Ramai peminat Justin Bieber di Malaysia tertanya-tanya sama ada konsert beliau yang dijadualkan pada 22 Oktober bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal diteruskan atau tidak.

Biarpun Justin Bieber telah pulih dari Sindrom Ramsay Hunt, cubaan beliau menyambung semula beberapa konsert jelajahnya di Eropah gagal kerana sekali lagi terpaksa ditangguhkan atas faktor kesihatan dan bagi mendapatkan rehat secukupnya.

Menurut Malay Mail, Bieber tidak memberitahu tarikh jelas bila dia akan kembali ke pentas dan pihaknya juga enggan memberi sebarang komen.

Susulan itu, pihak penganjur melalui Instagram GoLive Asia (@goliveasia), konsert Justin Bieber di Malaysia yang dijadualkan pada 22 Oktober ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil telah ditangguhkan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GoLive-Asia (@goliveasia_)

Menurut pihak AEG Presents dan PR Worldwide, tarikh baharu untuk konsert jelajah Justice World Tour di Malaysia akan dimaklumkan kelak.

Peminat Boleh ‘Refund’ Tiket Atau Kekalkan Hingga Ada Tarikh Baharu

Bermula hari ini (7 Oktober) sehingga 20 Oktober 2022, pemegang tiket boleh menghantar permohonan sama ada ingin mengekalkan tiket atau memohon pembayaran semula wang mereka menerusi ‘Request Form’ yang akan dihantar melalui e-mel berdaftar.

Jika Anda Ingin Mengekalkan Tiket Tanpa Memohon Pembayaran Semula Wang

Kepada mereka yang ingin mengekalkan tiket tersebut, anda masih boleh menghadiri konsert pada tarikh baharu kelak tanpa dikenakan sebarang bayaran tambahan.

Tiket baharu juga akan diberikan melalui e-mel selepas konsert jelajah berkenaan telah dijadualkan semula di Malaysia.

Cara Untuk Memohon Pembayaran Semula Wang Pembelian Tiket

Pembayaran semula perlu dibuat menggunakan kad yang digunakan ketika melakukan pembelian tiket dan prosesnya boleh mengambil masa lebih dari 30 hari bergantung kepada pihak bank.

Pihak GoLive juga akan menghubungi anda sekiranya terdapat sebarang masalah berlaku melibatkan kad tersebut.

Jika anda tidak menerima sebarang amaun pembayaran balik sehingga 21 November 2022, sila hantarkan e-mel kepada [email protected].

Destination: