"Menyantuni Tetamu" Umie Aida Kongsi Detik Indah Bersama Mawla, Keturunan ke-38 Nabi Muhammad SAW

TERKINI
October 19, 2022 - 10:09 AM


Menerusi satu hantaran di laman Instagram, Umie memuat naik video menunjukkan anak angkatnya Aisya Humaira didukung oleh Mawla dan berharap satu hari nanti mereka dapat bertemu semula. "InsyaAllah semoga diberi rezeki lagi untuk pertemuan akan datang. Menyantuni tetamu," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Perkongsian Umie itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-ratanya memuji keterbukaan Umie berkongsi momen pertemuannya itu, namun ada juga yang membangkitkan persoalan mengenai kesahihan status lelaki berkenaan yang mengaku sebagai cicit Rasulullah itu.

"Kalau di Facebook, macam-macam hinaan. Walhal nak sambut Maulidul Rasul sahaja. Kalau artis luar datang sanggup bayar Rm500 ke RM600 elok pula manusia toksik di Malaysia ni. "Yang datang untuk hiburan disanjungi. Yang datang untuk kebaikan amalan, dicaci. Takutnya akhir zaman.

"Tak pelik pun manusia sekarang. Zaman Rasulullah berdakwah pun orang benci. Datang sambut maulid je. Alim ulama dah cakap husnuzon. Lebih baik berdiam, dari berkata yang tak baik," tulis netizen. Perkongsian Umie itu menerima lebih 14,000 tanda suka dan hampir 300 komen daripada pengikut. Untuk rekod, nama lelaki berasal dari Maghribi ini menjadi perbualan hangat netizen selepas dia tiba di Malaysia untuk menyampaikan ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul, baru-baru ini.

Bagaimanapun kehadirannya menimbulkan perbalahan antara beberapa pihak selepas dia mendakwa dirinya adalah keturunan Rasulullah. Kisahnya hangat diperkatakan apabila program agama yang dirancang tidak mendapat kelulusan jabatan agama beberapa negeri seperti Terengganu, Kedah dan Kelantan, sehingga ia terpaksa dibatalkan.