"Tak Sedar Di Untung!" - Pelajar "Resell" PerantiSiswa Sebab Nak Upgrade Ke Ipad Dikecam Netizen

TERKINI
October 25, 2022 - 11:01 AM


Antara inisiatif kerajaan dalam meringankan beban para pelajar adalah dengan memberikan PerantiSiswa. Tablet yang sedang diberikan secara berperingkat kepada pelajar yang layak secara percuma .

Namun, tak semua pelajar menghargai inisiatif tersebut. Viral di satu platform menjual beli, seorang pelajar tergamak menjual semula gajet Samsung Tab A8 yang diperolehi menerusi PerantiSiswa dengan alasan untuk upgrade kepada iPad.

Tindakan pelajar tersebut dikecam teruk oleh netizen. Tablet yang diterima para pelajar secara percuma itu sudah cukup berkualiti dan memadai dengan keperluan seorang pelajar. Pelajar dilarang untuk menjual semula.

Kebanyakan netizen berpendapat, tindakan pelajar tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan dianggap "kufur nikmat" kerana tidak menghargai sumbangan yang diterima. Mungkin ramai lagi pelajar yang lebih memerlukan PerantiSiswa namun tidak dapat atas sebab yang tertentu.

Destination: