"Roommate Baru Malu Sikit" - Keletah Kera Tumpang Bilik Buat Netizen Berdekah

TERKINI
October 27, 2022 - 04:08 PM


Kera antara spesis monyet yang terkenal dengan membuat kacau atau ganas terhadap manusia. Ada satu tahap, kita terpaksa melarikan diri dari mereka kerana takut dikejar. Mereka sememangnya tidak takut atau sudah biasa dengan kehadiran manusia.

Viral di platform Tiktok, satu video di mana berjaya menarik perhatian netizen.

Video tersebut memaparkan seekor kera sedang duduk di atas katil. Kelihatan seakan-akan malu apabila diusik oleh seorang lelaki. Kera tersebut bersandar pada seorang pemuda yang sedang tidur. Tanpa rasa terkejut, pemuda itu bangun dan menyelubung kera tersebut.

Rupa-rupanya, kera itu cedera. Mungkin terpisah dari kumpulannya, penghuni rumah membiarkan ia menumpang seketika. Namun, hubungan manja antara kera dan salah seoarang penghuni rumah tersebut memang istimewa

Destination: