"Macam Kembar!" - Reaksi Terkejut Wanita Bersama Guinea Pig Cuit Hati Netizen
TERKINIHubungan antara haiwan peliharaan dan tuannya memang cukup istimewa. Kira boleh dianggap sebagai anggota ahli keluarga lah! Rakyat Malaysia ni boleh dikelaskan sebagai rakyat yang sayangkan haiwan.
Ramai yang membela pelbagai haiwan peliharaan contohnya kucing, anjing arnab atau pun guniea pig (tikus belanda).
Baru-baru ini, viral satu video yang dimuat naik di platform TikTok oleh @at_bie yang juga terkenal sebagai tuan kepada seekor guinea pig bernama Kalbar.
@at_bie Patut ramai cakap muka sama , perangai pun sama ? #fyp #guineapig #kalbar #wonderpets ♬ original sound - At_Bie
Reaksi wanita tersebut bersama haiwan peliharaannya itu ketika terdengar bunyi dentuman mercun berjaya mencuit hati netizen. Timing reaksi dan memek muka yang sama itu membuat netizen gelak berdekah-dekah. Video tersebut berjaya meraih meraih enam juta tontonan dalam tempoh 24 jam dimuat naik di TikTok.
