"Rare Betul Rumah Sukan Sekolah Ni!" - SK Methodist Kuantan Tampil Dengan Tema Unik Sempena Hari Sukan

TERKINI
October 31, 2022 - 05:20 PM


Hari Sukan Sekolah antara waktu yang dinantikan-nantikan sewatu kita bergelar seorang pelajar. Mana tidaknya, satu sekolah akan membuat persiapan besar-besaran! Kalau yang atlit tu dah mula membuat latihan, ada yang masuk kawad dan ada juga yang membuat perhiasan untuk rumah sukan masing-masing.

Viral di platform TikTok, @farahsabari memuatnaik satu video berkongsi suasana kemeriahan Hari Sukan di SK Methodist yang terletak di Kuantan.

@farahsabari Boleh swipe je kad bank tu! 🤑 #harisukansekolah #kejohananolahraga #kuantan ♬ SWIPE - ALYPH

Berdasarkan video tersebut, jelas Hari Sukan sekolah tersebut membawa tema bank yang ada ni negara! Lengkap dengan mesin ATM. Rumah hijau menajdi BSN, rumah merah CIMB. rumah kuning Maybank dan rumah biru pula RHB bank!

@farahsabari menjelaskan idea tersebut merupakan hasil kerjasama antara semua pihak iaitu guru, ibu bapa dan juga para pelajar! Mohon semua bank lepasni sponsor hari sukan sekolah! Setakat ini video tersebut berjaya mendapat 149.7K jumlah tontonan!

Destination: