"Lepas Gaduh, Pujuk Eh Dapat Rezeki!" - Usai Sengketa, Lesti Kejora Didakwa Hamil Anak Kedua
TERKINIHubungan pasangan selebriti Indonesia Rizky Billar dan Lesti Kejora yang pernah menjadi bualan netizen Malaysia akibat dakwaan berlakunya keganasan rumah tangga kini semakin baik apabila kedua-duanya kelihatan mesra.
Baru-baru ini foto penyanyi dangdut itu menemani suaminya yang sedang bermain futsal di kawasan TB Simatupang, Jakarta Selatan menjadi bualan netizen.

Malah, ada khabar angin yang kencang bahawa Lesti kini hamil anak kedua mereka. Kehamilan tersebut juga dikatakan menjadi antara penyebab penyanyi itu menarik balik laporan polis terhadap suaminya.

Pengurusnya, Aril Lobster atau Boril sendiri belum dapat mengesahkan sama ada berita tersebut benar atau sekakadar khabat angin.
“Saya tidak tahu tentang itu, doakan sahaja kalau ramai anak itu rezeki.
“Sekarang semua juga nampak mereka sedang sibuk memperbaiki diri dan rumah tangga. Nampak lebih intim dan meluangkan masa untuk keluarga,” ujarnya.
Katanya lagi, pasangan ini masih mahu berehat dan belum aktif menerima tawaran muncul di televisyen.
Selain itu, pasangan ini juga dikhabarkan sudah berpindah dari rumah lama mereka ke kediaman baharu yang tidak diketahui.
