"Ada Yang Menangis, Menjerit!" - Tadika Buat Simulasi Penculikan, Ajar Murid Berwaspada

TERKINI
November 03, 2022 - 11:33 AM


Antara perkara yang sering berlegar di minda setiap ibu bapa sudah tentunya tentang keselamatan anak-anak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang hidup di bandar. Banyak ancaman berbahaya yang boleh berlaku tanpa kita sedari.

Terutama ancaman anak-anak kecil diculik. Kalau beberapa bulan yang lalu, negara gempar dengan dakwaan berlakunya beberapa kes penculikan. Biarpun pihak polis menjelaskan bahawa dakwaan tersebut salah, masih ramai ibu bapa yang susah hati.

Viral di platform TikTok, satu tadika telah mengambil satu inisiatif untuk membuat satu simulasi penculikan. 

@umi.maisarah94 Simulasi penculikan tpqch #fyp #fypシ #trending #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

Jelas, anak-anak kecil tersebut terkejut dan panik. Pelbagai kerenah yang kita boleh lihat. Ada yang menjerit, ada yang menangis, ada yang larikan diri dan yang kelakarnya ada jugak yang serah diri! Selepas selesai simulasi, guru-guru tadika tersebut memberi penerangan tentang apa yang berlaku. 

@umi.maisarah94 Replying to @Putera Aniq part dalam kereta tak rakam sbb tak cukup tangan nak rakam😅 pelakon semua cikgu termasuk saya 🤣 #fyp #fypシ ♬ Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

Kreatif betul guru-guru tadika ini, biarpun anak-anak ini tetakutan pada awalnya netizen berpendapat dengan mengajar dan mendedahkan mereka tentang ancaman penculikan boleh membantu mereka untuk menyelamatkan diri jika berlaku.

Destination: