"Tinggal Nak Ngap Je!" - Detik Cemas Ahli Biologi Nyaris Jadi Lauk Jerung
TERKINISeorang ahli pemuliharaan marin yang sedang bersiap sedia untuk terjun ke dalam laut nyaris memasuki mulut seekor jerung ketika haiwan itu muncul secara tiba-tiba di tepi bot dinaikinya, lapor agensi berita United Press International semalam.
Berdasarkan rakaman sebuah video, ahli biologi marin bernama Ocean Ramsey itu bersedia untuk terjun dari bot apabila seekor jerung harimau muncul di tepi tangga dan membuka mulutnya.
That's free diver, model, and marine conservationist Ocean Ramsey. She swims with the biggest sharks on the planet. After this she said, "I love that tiger shark I grew up with that tiger shark, I think we were teenagers at the same time. So I’ve known her for over 20 years." pic.twitter.com/HiomtM70jr
— Wh0D3y (@Wh0d3y_FCNati) November 3, 2022
Ramsey bagaimanapun hanya tertawa dan menyapa jerung yang telah lama dikenalinya serta dinamakan sebagai Queen Nikki.
“Saya sayang akan jerung harimau tersebut. Saya membesar dengannya, mungkin kami menjadi remaja pada waktu sama.
“Jadi, saya telah mengenalinya selama 20 tahun,” kata Ramsey.
Tambah Ramsey, Queen Nikki bertindak balas sedimikian kerana dia menghampiri air laut terlalu pantas.
“Saya dapat melihatnya dan ia berada amat hampir sekali. Dengan kelajuan tersebut, ia kelihatan seperti ia benar-benar berada di hujung sirip renang saya.
“Terdapat kawanan ikan kecil di dalam air, jadi, saya dapat melihat Queen Nikki berenang dengan laju. Daripada itu, saya tahu bahawa saya perlu berundur segera,” ujarnya.