"Penat Tunggu PM Ke-10 Gamaknya" - Video Wanita Mengamuk Cabut Papan Tanda Jalan Sultan Ismail

TERKINI
November 23, 2022 - 11:50 AM


Seorang wanita didakwa mabuk selepas dia dilihat merosakkan dan mencabut papan tanda jalan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada Isnin.

Tidak dihentikan mana-mana pihak, papan tanda jalan tersebut difahamkan rosak dan tercabut akibat perbuatan tidak bermoral wanita berkenaan.

Punca kejadian masih belum diketahui namun rata-rata warganet mendakwa bahawa suspek berpakaian hitam itu sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mabuk ketika kejadian.

Video tular itu hangat diperkatakan warganet dan menerima lebih 300,000 jumlah tontonan setakat ini.

@majoritiofficial Kuat juga tenaga dia cabut papan tanda tu kan🤔 VIDEO PENUH & BERITA LANJUT dalam artikel. #isuviral #jalansultanismail #kualalumpur #papantanda #malaysiatiktok ♬ Creepy sound and bell sound(855646)-剪辑版 - みみさらい

Berdasarkan rakaman itu, wanita terbabit kelihatan bersungguh-sungguh mahu merosakkan papan tanda jalan tersebut.

Meskipun mengalami sedikit kesukaran di permulaan, suspek kemudiannya tidak berputus asa apabila terus merentap dan mencabut papan berkenaan.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet mengecam perbuatan wanita tersebut.

"Ini mesti kes mabuk, biasa orang kalau tengah mabuk memang tak akan sedar apa yang dia buat, lagi-lagi wanita itu cabut papan tanda jalan bukannya senang nak rosakkan benda itu," AmrJohari.

"Papan tanda itu diperbuat daripada hasil cukai yang kita bayar selama ini, kenapa pergi rosakkan, dah susah pemandu nak jejak lokasi jalan raya lepas ini," tambah Tiazaid.

"Kuat betul tenaga dia sampai boleh tercabut papan tanda itu, baru lepas bergaduh dengan suami dan anak-anak agaknya, itu yang mengamuk," kata nzofficial.

Namun, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak polis berkaitan kejadian itu setakat ini.

Sumber: Majoriti

Destination: