"Kita Upin, Hokni Ipin!" - Netizen Teruja Bila Dengar Upin Ipin Cakap Ganu!

TERKINI
November 25, 2022 - 11:27 AM


Antara kerjaya yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia adalah menjadi seorang 'streamer' ataupun 'content creator. Bukan mudah, untuk hasilkan suatu konten yang berkualiti dan juga relevan.

Namun, jika anda menghasilkan konten berdasarkan suatu subjek yang besar dan terkenal, anda pasti mampu menarik perhatian netizen. Baru-baru ini, seorang streamer yang dikenali sebagai Dyrah Eyra memuat naik satu klip video yang memaparkan karakter kesukaan anak kecil dan rakyat Malaysia iaitu Upin & Ipin.

@drah_eyra Sis Cuba Cover Part2 😂 #upinipinofficial #draheyra #upinipin ♬ original sound - Upin & Ipin Official

Dyrah Eyra membuat alih suara pada video tersebut dengan mengubah loghat Upin & Ipin ke loghat Terengganu! Suara beliau juga seakan-akan sama dengan suara asal watak tersebut. Netizen ternyata teruja dan terhibur mendengar Upin & Ipin bercakap dalam loghat yang lain.

Setakat ini video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.9 juta dan 216 ribu tanda suka! Dyrah Era juga cukup terkenal dan mempunyai jumlah pengikut sebanyak 655 ribu di TikTok dan 455 ribu di Youtubenya! 

Sumber & Kredit: Dyrah Eyra (TikTok)

Destination: