16 Tempat Menarik di Perak Termasuk Hulu Perak, Perak Tengah Dan Kampar

TRAVEL
April 28, 2023 - 06:15 PM


16 Tempat Menarik di Perak | Bosan asyik singgah tempat sama je bila melancong ke Perak? Ini teman nak bagitau dekat Perak ni sebenarnya ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang orang tak tahu. Bermula dari Hulu Perak sampai lah ke Kampar macam-macam tempat korang boleh singgah.

Bukan setakat tempat jer best, tempat-tempat makan yang bercirikan tempatan pun korang wajib cuba jika ke Perak. Kafe-kafe hipster tak perlu cakaplah kat mana-mana jer ada sekarang. 

Negeri Perak ni luas chor kalau nak kabor jadi eloklah teman bahagikan ikut kawasan iaitu Hulu Perak, Perak Tengah dan juga Kampar. 

Tempat Menarik di Hulu Perak 

Kita mulakan dengan daerah yang terbesar di Perak iaitu Hulu Perak. 

Restoran Selera Terapung

Restoran Selera Terapong ini terletak di Tasik Takong, Pengkalan Hulu. Sebuah restoran terapung yang menghidangkan pelbagai makanan tempatan yang sedap dan menyelerakan seperti ikan bakar, ayam bakar, kerabu mangga, ulam-ulaman, sambal belacan dan sebagainya. 

Kroh Hotspring & Riverside

Salah satu lokasi menarik untuk anda menginap di Pengkalan Hulu adalah di Kroh Hotspring & Riverside. Telah beroperasi sejak 28 tahun yang lalu dan diberi nafas bahru bermula pada Jun 2022.

29 buah bilik ditawarkan untuk penginapan dan terbahagi kepada tiga jenis penginapan iaitu chalet batu, chalet kayu dan studio. Antara kemudahan yang terdapat disini adalah seperti surau, dewan terbuka, dewan tertutup, dataran, sungai, tandas awam dan juga kawasan meletak kenderaan. 

Untuk kadar harga pula bermula RM150 untuk penginapan satu malam manakala untuk walk-in ke air panas, harganya adalah cuma RM2 seorang. 

Teratak Paksu Homestay

 

Jika ke pengkalan hulu, anda bolehlah memilih untuk menginap di Teratak Paksu. Terdapat beberapa penginapan yang anda boleh cuba antaranya adalah sebuah banglo besar dengan pemandangan menghadap ke arah tasik dan juga mempunyai kolam renang.  Penginapan lainnya adalah rumah kampung lama dengan gaya rumah Terengganu lama. Kadar harganya adalah pada harga yang sangat berpatuta

Istana Singgah Raja Reman

Sejarah pentadbiran Raja Reman yang pusat pemerintahannya di Kota Baru, Yala meluaskan tanah jajahan mereka sehingga ke Kedah, Kroh (kini Pengkalan Hulu) dan Lenggong, Perak sejak akhir 1800.

Pada 1902, kerajaan Siam menghapuskan sistem pemerintahan beraja bawah pemerintahan Raja Reman dan menyerahkan daerah Hulu Perak kepada kerajaan Perak yang berlangsung di Kroh (kini Pengkalan Hulu) pada 16 Julai 1909.

Malaysia-Thailand Border Stone 1968 Kroh-Betong Tragedy Memorial Site The Zone Duty Free Complex

Kawasan ini meenjadi pilihan buat rider kebiasaannya kerana jalan menujui ke sini lebih tenang dan tidak banyak kenderaan bagi menuju ke negara jiran. 

Untuk pengetahuan anda bagi penduduk di Pengkalan Hulu, bandar Betong di wilayah Thailand adalah lebih dekat berbanding bandar besar lain seperti Gerik dan sebagainya. Ramai yang mengambil kesempatan untuk ke Betong, Thailand untuk membeli belah dan sebagainya.

Teringat Lenggong

Jika ke Lenggong tak sah jika anda tidak singgah makan tengah hari di sini. Bukan sahaja aanda akan disajikan dengan makankan tempatan yang sedap malah anda turut dijamu mata dengan keindahan pemandangan di tasik lenggong jugak. 

Tiba di daerah Lenggong pula, Restoran Teringat Lenggong merupakan antara lokasi yang anda perlu datang dan cuba makanannya. Terletak di tepi Tasik Raban, restoran ini menawarkan set talam yang mana bolehn dikongsi untuk 3-4 orang. Setiap set talam ini berharga RM30 dan mengandungi menu tradisi tempatan seperti masak lemak belimbing buluh ikan loma, tilapia bakar, kerabu pucuk paku, pecal dan ulam-ulaman.

Rumah Tiang 16

Teratak diberi nama Rumah Tiang 16 (RT16) terletak di Kampung Kubang Jambu Lenggong, Perak dibina pada 1974.

Simboliknya pembinaan RT16 turut menjadi platform mengetengahkan 'permata warisan' di Lenggong sebagai tarikan pelancongan.

Justeru, Heritage Stay by Rumah Tiang 16 - Inap Warisan oleh Rumah Tiang 16 (IWRT16) dilancarkan Ogos 2019 dan tersenarai dalam peta pelancongan di Lembah Lenggong.

Sumpitan Glamping

Kalau anda mencari port glamping yang best dan murah untuk percutian hujung tahun hingga awal tahun depan anda boleh cuba destinasi penginapan ini yang katanya baru saja dibuka di Lenggong, Perak!

Port 'glamor camping' yang dimaksudkan adalah SUMPITAN GLAMPING.

Menariknya dengan bayaran hanya serendah RM70 seorang, anda bakal berpeluang merasai pengalaman bermalam di glampsite yang dilengkapi dengan tilam tebal, tandas di luar, surau, dapur, pantry tepi sungai dan campfire.

Setiap khemah juga tersedia dengan kemudahan seperti kipas air cooler, plug untuk mengecas telefon dan 2 buah lampu. 

Review penuh boleh baca di sini 

Cari Port Glamping Yang Best & Murah? Sumpitan Glamping Offer RM70 Seorang Siap Sarapan Percuma!

Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TT5)

Dari tepi jalan, kapal korek ini nampak macam bangunan terbengkalai. Tapi ini sebenarnya satu warisan sejarah Perak yang masih ada untuk tatapan generasi kini.

Kawasan Tanjung Tualang ini dulunya memang terkenal sebab adanya lombong bijih timah yang diusahakan dalam skala besar. Dan Perak bukan saja antara kawasan yang ada banyak lombong bijih timah di Malaysia, tapi sebenarnya di seluruh dunia.

Dari sebab bijih timahlah ramai taukeh Cina yang kaya raya bukan saja sebab lombongnya, tapi juga disebabkan bisnes tepinya (candu, pelacuran, kongsi gelap dan judi) yang terhasil dari berpusu-pusunya pendatang cina masuk ke Malaya.

Kapal korek ini, walaupun satu masa dulu gah dan menelan belanja berjuta, akhirnya ditinggalkan setelah harga timah dunia jatuh pada tahun 1982.

Satu lagi tempat menarik terletak di kawasan sama dengan kapal korek tersebut adalah sebuah ‘Maze Park’ atau taman pagar sesat terbesar di Malaysia. Terletak di Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5, Perak, anda boleh merasai pengalaman untuk keluar daripada pagar sesat.

TT5 Maze Park

Untuk pengetahuan anda, kawasan tersebut memiliki 1001 kisah berkaitan industri pelombongan biji timah di Perak. Anda akan mendapat tambah ilmu pengetahuan berkaitan sejarah pelombongan biji timah dan juga berhibur bersama keluarga dengan bermain di pagar sesat. Difahamkan, destinasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 6 petang.

Pulau Misa Melayu Cultural & Heritage Village

Kalau korang nak rasa seperti ada dalam zaman Kesultanan Melayu, korang wajib singgah sini! Setiap hujung minggu, macam-macam aktiviti diadakan di Balairong Seri, contohnya tarian tradisional, majlis makan sirih & pelbagai lagi!

Perkampungan ini cukup istimewa kerana ia dibangunkan dalam suasana kampung Melayu yang cukup kuat pegangan kepada agama dan adat. Ia dapat dilihat secara jelas melalui peragaan busana Melayu, muzik, tarian dan makanan tradisional.

Ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan antaranya memanah, menunggang kuda, berkayak dan macam-macam lagi.

Setiap hujung minggu, macam-macam aktiviti diadakan di Balairong Seri, contohnya tarian tradisional, majlis makan sirih dan pelbagai lagi!

UTP Geological Rock Garden

Universiti Teknologi Petronas atau dikenali sebagai UTP merupakan antara universiti terkemuka di dalam negara. Pelik juga mengapa universiti ini tersenarai sebagai lokasi pelancongan bukan?

Sebenarnya di dalam universiti ini terdapat banyak tarikan yang dibuka secara precuma untuk orang awam. Pengunjung yang mahu melawat juga akan diberi naskhah panduan dan peta untuk memudahkan lawatan di dalam universiti ini. 

Antara lokasi yang boleh dilawati di dalam kawasan UTP ini ialah:

  •  Chancellor Complex (Pemenang Anugerah Agan Khan untuk Senibina 2007)
  •  Information Research Centre
  •  An-Nur Mosque 
  •  Solar Panel (Kapasiti Terbesar di Malaysia untuk Pemasangan Bumbung Tunggal)
  •  Geological Rock Garden (masih belum siap sepenuhnya namun bakal menjadi taman geologikal pertama dan terbesar di Malaysia)

Pelancongan di UTP adalah berkonsepkan edu-tourism iaitu pelancongan berasaskan pendidikan dimana setiap lapisan masyarakat dapat belajar di samping melancong tentang senibina, tenaga baharu dan pelbagai lagi di UTP ini. 

Mirror Lake (Tasik Cermin)

Tasik cermin kat Gunung Rapat ini ialah tasik tersorok yang kelilingnya bukit batu kapur. Dan dipanggil sebegitu disebabkan atas permukaan air, bayang bukit terpantul, seolah-olah ianya cermin. Tapi warna air tasik bukanlah membiru. Sebab ia bekas kuari yang tak lagi beroperasi.

Cuma specialnya, dari luar, tak siapa sangka ia wujud sebab lokasinya. Untuk ke tasik kecil ini, anda akan jalan kaki masuk terowong.

Selain itu, tak ada aktiviti lain sebab kawasan tepi tasik terhad luasnya. Mandi pun tak boleh sebab ia di bawah klasifikasi tapak Geopark Kinta.

Warung P.Ramlee @ The Kandu Tempurung Valley

HOGA Gaharu Tea Valley

Di kawasan seluas 300 ekar ini, anda bakal melihat bagaimana 200,000 pokok gaharu yang setiap satunya bernilai ribuan ringgit di tanam dan dijaga.

Kebanyakan pokok ini ditanam untuk di eksport ke negara Arab, Cina, Taiwan dan Korea. Menariknya, fokus anda ke sini bukan untuk minyak wangi, akan tetapi teh.

Jadi walaupun di kilang Gaharu Teh Valley ini ada produk seperti lip balm dan losyen, kebanyakan hasil gaharu ladang ini dibuat teh atau sup.

Harga teh gaharu walaubagaimanapun bukan murah. Sekotak teh gaharu dengan 25 sachet berharga kira-kira RM 60 ke atas.

Bagas Zakariah Orchard Lodge

Bagas Zakariah Orchard Lodge, sebuah kampungstay yang betul² berkonsepkan Kampung Stay di Kampung Lawan Kuda, Gopeng, Perak.

Di sini, penginapan dalam tiga buah rumah yang cantik dengan identiti asli rumah kampung.Rumah Kuning dah berusia 100 tahun dibina pada tahun 1920 dan di Bagas Zakariah adalah tapak asalnya.

Rumah Lenggong pula dibina pada 1950 dan Rumah Lawan Kuda dibina tahun 2019.Di sini ketenangan akan menawan anda sampai anda mungkin boleh dengar hati anda berbicara dengan diri anda sendiri.

Macam-macam program boleh buat di sini. Paling best KENDURI KAHWIN dan setiap hujung minggu penuh.

Little Ipoh Cafe

Little Ipoh Cafe yang terletak di Seri Iskandar ini merupakan antara kafe yang anda boleh singgah sekiranya bertandang ke bandar Seri Iskandar. Sebuah kafe yang cantik dengan dekorasi vintagenya menawarkan pelbagai menu makanan yang menarik seperti Nasi Hujan Paneh, Mi Kari, Mi Rebus, laksa dan sebagainya.