Dituduh Pakai Kasut 5K Lepas Jadi PM10, Rupa-rupanya Hadiah Dari Kerabat!

VIRAL
November 30, 2022 - 01:24 AM


Biarpun negara kita baru sahaja selesai dengan kemelut politik yang melanda pasca PRU-15, selepas secara rasminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10, kehangatan dunia politik seakan-akan masih membara.

Seperti sedia maklum, sebaik sahaja menggalas jawatan Perdana Menteri banyak perubahan yang bakal dibawa oleh Anwar Ibrahim. Baru-baru ini beliau menolak untuk menggunakan kereta Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya.

Selain itu, beliau juga tampil dengan memakai capal pada hari pertamanya melaporkan diri di Perdana Putra bagi memulakan tugas Jumaat lalu. Perubahan yang dilakukan mendapat reaksi dan sokongan yang baik dari semua pihak khususnya rakyat Malaysia.

Namun, ada satu tweet yang dimuatnaik menuduh beliau seakan-akan omong kosong.

Datuk Seri Anwar ibrahim tidak mendiamkan diri, beliau dengan tenang membalas fitnah tersebut dan menjelaskan dari mana beliau mendapatkan kasut tersebut melalui satu tweet di akaun rasmi Twitter-nya.

Rupa-rupanya, kasut tersebut dihadiahkan oleh Sultan Johor sekitar dua tahun yang lalu sebagai hadiah. Netizen sebulat suara menyokong Anwar supaya menyaman individu tersebut atas fitnah yang disebarkan. Setakat ini tweet tersebut mendapat 16k tanda suka dan 8525 retweet. 

Destination: 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video