"Sayunya..Hilang Anak Depan Mata" - Tangisan Seorang Ayah Bila Anak Jadi Korban Dibaham Buaya

TERKINI
December 02, 2022 - 11:25 AM


Di Lahad Datu, kawasan persisiran pantainya memang tidak selamat, ada buaya tembaga. Bukan setakat sungai ya, laut nya juga berbuaya. Kawasan yang selamat kalau teringin betul mandi di Lahad Datu area W Bay Payang, ada kena pasang nett, ada yuran masuk. Ada resort di Felda tu pun bukan boleh mandi pantai. Ko jalan tepi pantai pun, kalau bernasib baik, nampak tu buaya sun bathing sambil menunggu mangsa.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki mati selepas dipercayai dibaham buaya dalam kejadian berhampiran kawasan markas Operasi Pasukan Marin, di sini pagi tadi.

@utusantvofficial Gerakan mencari mangsa masih diteruskan. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp #buaya #lahaddatu ♬ original sound - UtusanTV

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid, berkata bapa mangsa juga mengalami kecederaan di bahagian kepala serta badan ketika cuba menyelamatkan anaknya.

Katanya, berdasarkan maklumat mangsa terbabit bersama bapanya sedang menjalankan aktiviti mendayung di kawasan lokasi kejadian berkenaan.

@utusantvofficial Replying to @vigotakdaremap . PART 3: Pelik kenapa perakam cakap macam tue. #buaya #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia ♬ original sound - UtusanTV

“Ketika kejadian bapa mangsa dipercayai cuba menyelamatkan anaknya namun gagal malah dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan akibat serangan buaya.

“Terdapat beberapa video tular memaparkan bagaimana mangsa (anaknya) disambar buaya kemudian dibaham sebelum mengheret mangsa ke sungai berhampiran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumsoa berkata, pasukan penyelamat menghantar bapa mangsa ke Hospital Lahad Datu untuk diberikan rawatan selanjutnya.

 

Destination: