"Mohon Maaf Kepada Pelanggan!" - Anthony Loke 'Sound' Malindo Air Sidai Pelanggan 8 Jam

TERKINI
December 27, 2022 - 03:25 PM


Menteri Pengankutan Anthony Loke Siew Fook telah mengarahkan syarikat penerbangan Malindo Air agar memohon maaf kepada penumpang yang terkesan akibat penangguhan perjalanan yang berlaku baru-baru ini.

Dalam ciapan balas yang dimuat naik di laman Twitter, Anthony Loke berkata bahawa beliau telah berhubung dengan syarikat penerbangan Malindo Air dan meminta mereka menghubungai semua pelanggan yang terkesan.

“Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair ..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya dalam ciapan tersebut.

Destination: