Hanya 59,000 Tiket Semi Final AFF Tersedia! Apa Sebabnya?
GAYA HIDUPHarimau Malaya berjaya menempah slot ke semi final setelah memengi "Derbi Seberang Tambak" dengan menundukkan Singapura dengan jaringan 4-1. Para penyokong Harimau Malaya turut turun ke Bukit Jalil dan berjaya mencatatkan kehadiran serama 65,147 orang.
Terima kasih kepada 65,147 orang penyokong yang hadir menyaksikan aksi terakhir Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022, Malaysia lwn Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 4, 2023
Lagi gambar di https://t.co/Zok7RKxKoN pic.twitter.com/PUnZSD4vKO
Berdasarkan perlawanan semalam, dijangkakan kehadiran penonton untuk perlawanan semi final pertama menentang Thailand akan meningkat memandangkan perlawanan jatuh pada cuti hujung minggu. Namun ada satu khabar berita yang tidak menyenangkan.
Tak ke rugi tempat duduk sana tak boleh pakai semata - mata buat pentas punca stadium tak penuh? Sabtu nanti lawan Thailand. Stadium kena penuh dengan penyokong! Ambil perhatian YB @hannahyeoh dan YB @AdamAdli. Stadium untuk bola sepak! Bukan untuk konsert! pic.twitter.com/XisVI6mWeI
— Kang Pasad (@MOFASAD) January 3, 2023
Hanya 59,000 keping tiket sahaja akan dijual untuk perlawanan semi-final 1 Piala AFF antara Malaysia & Thailand di SNBJ, Sabtu nanti. Ini berikutan 21,000 tempat duduk terpaksa dikongsongkan kerana dihalang oleh struktur pentas konsert Jay Chou yang dalam proses pemasangan.