Biasa Kedai Makan Bagi Password WIFI, Tapi McD Bukit Bintang 'Rare' Bagi Password Tandas. Kenapa Ek?
TERKINIKebiasaannya, jika kita pergi ke restoran makanan segera pasti kita akan dapat lihat password WiFi yang tentera pada resit pembelian bukan?
Iyalah, ia adalah seperti kemudahan buat pelanggan mereka yang makan di situ untuk menggunakannya secara percuma.
Namun, lain pula terjadi dengan lelaki ini apabila dia berkongsi restoran makanan segera popular McDonald's memberikan password untuk masuk ke tandas di dalam resit pembelian telah menarik perhatian ramai.
Kedai bagi password wifi tu biasa,
— Ikhwan Nazri (@tekong) January 14, 2023
mekdi bagi password tandas baru luar biasa. pic.twitter.com/tQk6oyhr3Z
Siapkan password masuk tandas khas untuk pelanggan
Menerusi ciapan tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi resit pembelian makanannya di cawangan restoran berkenaan yang terletak di Bukit Bintang.
Lebih menarik perhatian adalah dia memberitahu restoran tersebut siap meletakkan password khas untuk masuk ke tandas.
Dia juga berkongsi tandas itu sememangnya berkunci dan memerlukan password untuk menggunakannya.
"McD Bukit Bintang dah lama buat sebab yang masuk tandas bukan pelanggan" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya dan ada juga yang mendakwa ia sudah lama ada.
Berikut antara komen netizen di Twitter yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah menggunakan tandas di McDonald's Bukit Bintang berkenaan.
MCD Bukit Bintang dah lama buat sebab yang masuk tandas bukan pelanggan.
— Sauffie (@Sauffie_84) January 15, 2023
Itu semua kos,ada itu sampa mandi dalam tandas.
Siapa lagi,kulit putih begpacker pujaan hampa lah.
Penah makan situ masa siang, tibe2 staff mcd tinggikan suara. Rupenya marah org yg dtg duduk saja2 nak gune kemudahan mcd situ, charge hp, gune wifi dan gune toilet dalam mcd. Basically dieorg ni duduk je dekat mana2 meja kosong dan yg ada plug point
— Fakhar MNM🏴 (@faha_skawalker) January 14, 2023
bukit bintang kan. Password dah 2 tahun tak pernah tukar. Dari zaman dia wujudkan sistem ni kot rasanya. Toilet pun average je tak bersih mana.
— Feng Lee (@FendyMyn) January 14, 2023