Rupa-Rupanya Restoran Terkenal Di Ipoh Ni Disahkan JAIPk Tiada Sijil Halal

TERKINI
December 14, 2021 - 01:07 PM


Jika anda bercuti ke Ipoh atau pada hujung minggu buat trip jalan-jalan cari makan ke Ipoh -- pasti ramai yang memasukkan aktiviti bersarapan di Restoran New Hollywood kan?

Mana tidak di sana terdapat pelbagai variasi makanan ala kopitiam yang ditawarkan dengan harga  berpatutan dan rasanya pun sedap.

Tetapi korang tahu tak terutama bagi pengunjung yang beragama Islam bahawa baru-baru ini Jabatan Agama Islam Perak atau JAIPk sekali lagi menegaskan bahawa restoran terkenal itu TIDAK MEMPUNYAI SIJIL HALAL!

Menerusi kenyataan di laman web rasminya yang dikemaskini pada 10 Disember 2021 -- JAIPk mengesahkan bahawa restoran New Hollywood ini bukanlah pemegang sijil halal Malaysia.

Oleh itu, JAIPk menasihati orang ramai agar sentiasa memastikan sesuatu premis itu mempunyai Sijil Pengesahan Halal terlebih dahulu dan jangan makan sekiranya berasa was-was.

“Jangan cepat terpengaruh dengan kehadiran ramai orang Islam ke kedai berkenaan jika masih tiada Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

“Ini kerana tanda HALAL sesebuah premis itu diperoleh jika operasi dan bahan makanan yang dijual adalah menepati syariat,” jelas JAIPk.

Bagaimanapun, sebelum ini menerusi laporan The Star pemilik restoran ini ada memberitahu bahawa proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah.

Jadi, bagi mengekalkan kredibiliti restorannya ini, pemilik restoran yang dikenali dengan nama Chan telah memastikan segala bahan masakan yang digunakan diperolehi daripada pembekal yang mempunyai sijil halal.

P/S: Bagi mengelakkan syubhah adalah lebih baik jangan makan di situ, tetapi pihak penguatkuasa perlu melakukan siasatan supaya pengunjung beragama Islam tahu dan jelas dengan status Halal restoran berkenaan.

Sumber: Suara Merdeka & JAIPk

 

Destination: