Outlet Pertama Chili's Malaysia Bakal Ditutup Selepas 27 Tahun Beroperasi

TERKINI
March 15, 2021 - 11:45 AM


Pada minggu lepas, Chili's Malaysia mengeluarkan satu kenyataan mengenai penutupan outlet tertua mereka di Bangsar Shopping Centre (BSC). Outlet ini telah beroperasi selama 27 tahun sejak dari 1994 dan berita ini membuatkan orang ramai kecewa di media sosial. Ramai dalam kalangan mereka membesar dengan restoran tersebut. 

Menurur posting yang telah dibuat di Facebook mereka, punca penutupan outlet ini masih lagi belum diberitahu. Chili's Malaysia hanya mengucapkan terima kasih kepada pelanggan Chili's Bangsar Shopping Centre dan sokongan yang telah diberikan selama 27 tahun beroperasi. Namun begitu, pihak mereka memberi masa sehingga 31 Mac 2021 sebelum menamatkan operasi sepenuhnya. 

Jadi untuk korang yang sedih dengan berita ini, jangan tunggu lama-lama. Pergi la ke outlet tersebut untuk bergambar dan makan buat kali terakhir sebelum ianya ditutup. Antara komen-komen yang diberikan oleh pelanggan setia di sini rata-ratanya menceritakan semula pengalaman mereka pada tahun 90-an dahulu ketika restoran ini dibuka. 

Pengguna Facebook Sarvindheran Chelvarajah menulis "Ayah saya sering membawa kami sekeluarga ke sini ketika kecil. Terdapat banyak memori di lokasi tersebut untuk saya dan keluarga. Sedih lihat outlet ini bakal ditutup". 

Apa pun Chili's Malaysia di Bangsar Shopping Centre bakal menjadi kenangan buat mereka yang setia bersama restoran tersebut. 

 

Destination: