Label Hotel Bajet Sebagai Hotel Kongk*k Estetik, Wanita Ini Dikecam Cuba 'Normalise' Benda Haram!

TERKINI
January 31, 2023 - 05:51 PM


Sebelum ini tular mengenai wanita yang berkongsi hotel murah yang dikatakan aesthetic dan cantik untuk tempahan, namun caranya itu mendapat kritikan ramai.

Wanita tersebut melabel tempat itu sebagai Hotel ‘Kongkek’ (maksiat), ia amat menyedihkan kerana secara tidak langsung mempromosi zina yang jelas haram di sisi agama Islam.

Seorang pengguna Twitter, Mimi Asmara (@wvgif) menasihatkan wanita tersebut untuk tidak melabel semua hotel bajet sebagai tempat melempiaskan nafsu.

“Bila kena serang sebab normalising zina, dia cakap ini hanya untuk mengikutnya yang sudah jelas dengan perangainya yang suka bergurau.

“Kalau yang menulis tu DS (akaun lucah), faham jugalah sebab mereka memang tak ada maruah dan harga diri, tapi awak adalah seorang ibu,” katanya.

Dalam hantaran tersebut ada yang memaklumkan kepada Mimi bahawa bilik tersebut sudah ditempah sepenuhnya.

“Bayangkan yang tempah tu anak-anak muda yang ikut cakap ‘makcik bertudung anak satu jual brownies’ sebab sedap nak ‘kongkek’.

“Ketahuilah segala dosa jariah tu jadi saham untuk kamu nanti,” tambahnya lagi.

Tidak salah untuk mempromosi tapi jagalah bahasa, anda membuat ciapan secara umum dan bukan dengan akaun ‘private’ jadi ramai yang secara amnya tidak akan memahami ‘lawak’ yang ingin anda sampaikan.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: