Nong Poy, Transgender Tercantik Dunia Bakal Berkahwin Dengan 'Crazy Rich' Thailand

TERKINI
February 09, 2023 - 04:21 PM


"Ibarat sebuah kisah cinta dongeng"

Ketika ini hangat diperkatakan terutama di negara jiran kita Thailand mengenai seorang 'transgender paling cantik di dunia' berasal dari negara Gajah Putih itu bakal mengahwini kekasihnya yang juga bergelar 'Crazy Rich' Thailand!

Transgender tersebut yang bernama Nong Poy dikhabarkan bakal bernikah dengan tunangannya Oak Phakwa Hongyok yang dikatakan pewaris kepada konglomerat besar di Thailand.

Berita perkahwinan kedua mereka didedahkan selepas Nong Poy memuat naik hantaran gambar di Instagramnya yang memaparkan potret dirinya bersama sang tunang dengan cincin pertunangan di jari manisnya.

Oak Phakwa Hongyok merupakan anak kepada pemilik konglomerat Thailand serta bakal pewaris kumpulan Ar Jor yang terlibat dalam perniagaan hotel dan pelancongan.

Dikatakan kumpulan Ar Jor memiliki muzium, restoran dan kafe terkenal di Phuket.

Namun sehingga kini belum ada laporan jelas berhubung jumlah sebenar aset milik Oak Phakwa Hongyok dan keluarganya.

Meskipun Nong Poy merupakan seorang transgender yang telah mengubah alat sulitnya menjadi perempuan, tetapi hubungan kedua mereka direstui oleh keluarga kekasihnya.

(Gambar Kecil) Wajah Asal Nong Poy

Sementara itu, Nong Poy yang sememangnya aktif dalam dunia seni dilaporkan turut mempunyai kekayaan luar biasa yang dijana daripada kerjaya peragaan dan lakonan.

Dia menceburi industri peragaan pada tahun 2004 dan memenangi dua pertandingan ratu cantik.

Ketika ketika berusia 19 tahun, Nong Poy memenangi gelaran Miss Tifany's 2004.

Kemudian, pada tahun yang sama dia memenangi pertandingan ratu cantik Miss International Queen.

Selepas itu Nong Poy memulakan kerjayanya dalam industri perfileman dan membuat kemunculan pertama pada tahun 2010 menerusi filem With Love.

Antara filem lain yang dibintangi adalah The White Storm, Insomnia Lover dan Witch Doctor.

P/S: Sebagai peringatan, perbuatan ini adalah haram di sisi Islam dan semua pihak perlu menjauhinya ya!

Destination: