[VIDEO] Ibu Anak 7 Ini Kongsi Tips Persiapan Sebelum Bawa Anak Ramai Bercuti Ke Luar Negara
TRAVELBagi pasangan yang dikurniakan dengan anak ramai, pastinya percutian ke luar negara membuat sakit kepala dan agak sukar untuk diuruskan.
Selain memerlukan kos atau tahap kewangan yang tinggi, mengendalikan persiapan setiap anak-anak dari sebelum bercuti sehingga selamat kembali ke tanah air pastinya mencabar minda serta kesabaran yang cukup tinggi.
Tetapi bagi ibu bapa yang memiliki anak ramai, anda jangan risau kerana ada tips yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri beranak tujuh ini dalam menguruskan persiapan membawa kesemua anak-anak travel jauh hingga ke Vietnam.
Jom kita ikuti perkongsian tips travel ke luar negara bersama 7 anak-anak oleh pasangan Shaeriani A Hamat dan suaminya.
TIPS 'PERSIAPAN' BAWA 7 ANAK BERCUTI KE LUAR NEGARA
1) Persiapan kena 2 hari sebelum bertolak
- Beg baju WAJIB satu seorang dan kalau boleh beg sandang untuk memudahkan perjalanan, nanti baru ada tanggungjawab untuk setiap anak bawa barang sendiri.
2) Anak-anak kena simpan sendiri bila mama baca berdasarkan ‘SENARAI’ baju, tudung, seluar dan berapa lama akan tinggal di sana.
- Mama akan tentukan color & jenis baju, biasanya mama akan bagi yang material jenis ringan bagi mengurangkan berat yang dipikul oleh beg anak. Senarai barangan dibuat seminggu lebih awal.
3) Beg mestilah ‘DITANDA’ dengan nama masing-masing bagi memudahkan pengecaman.
- Dengan cara menandakan beg dengan nama akan memudahkan anak-anak mencari keperluan masing-masing kerana semua jenis yang dipakai adalah sama tetapi barangan berbeza disebabkan keperluan masing-masing seperti contoh ada anak yang uzur dan sebagainya.
4) Semua anak-anak mestilah ‘BERKASUT’
- Ia bagi memastikan keselamatan anak-anak serta melancarkan perjalanan sepanjang travel yang pastinya memerlukan banyak pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport
- Urusan memegang passport akan diserahkan kepada papa dan bila sampai giliran pengenalan identiti papa akan beri mengikut numbering dan tak perlu untuk dibuka-buka lagi oleh anak-anak.
6) Keluar awal untuk ke airport sebab anak ramai dan masih kecil
- Sampai awal boleh memastikan mereka jika lapar makan dahulu atau memerlukan mereka membuang air sebelum menaiki pesawat.
7) Semua anak yang membawa telefon pintar perlu memakai sling bag masing-masing.
- Ia bagi memastikan anak-anak lebih berhati-hati dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita agar tidak tercicir di mana-mana serta memudahkan pemantauan ibu bapa. Mama beri seorang sahaja anak yang bawa telefon sebab tak mahu mereka asyik bermain dengan gajet semasa di hotel dan ia diberi bagi memudahkan mama berhubung dengan anak-anak sebab bilik berasingan.
8) Bawa makanan ringan seperti biskut, coco crunch & honeystar dll.
- Persediaan sekiranya yg ringan untk keperluan bb supya x lapar dlm perjalanan( bb x tahan lapar dan x nak dia merengek sbb urusan airport mmg lama dan kita x tau cam mn tempat org kan)
9) Selalu pesan pada anak-anak supaya ‘TEPATI MASA' agar boleh selari dengan program travel
- Bagi mendidik anak-anak tentang betapa berharganya masa agar mereka belajar mengatur kehidupan diri sendiri.
10) Ni yg ‘LAST’ mama suka pakaikan anak-anak baju, tudung, seluar, anak tudung semua sama sebab senang nak ‘CAM’ anak-anak jika mereka jauh sedikit daripada kita.
Inilah tips mama untuk memudahkan perjalanan travel bersama kesemua 7 puteri-puteri kami.
VIDEO PERKONGSIAN TIPS
@farishal83 Hari ni mama nk share tips persiapan yg mama buat untk bawa ank7 travel jauh ( dalam negara atau oversea)(kali ni trip vietnam) Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak7 bercuti ; 1) Persiapan kena 2 hari sebelom bertolak ( beg baju ‘WAJIB ‘ 1 sorang dan lau boleh bag sandang untk mudah perjalanan ) nnt br ada tanggunjwb bw brg sndri) 2) Anak7 kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggl kt sana (mama akn tentukn color & jenis baju) biasa mama akn bg yg ringan kurangkan berat nk pikul - list tu mama dh buat seminggu awal 3) Bag mestila ‘DITANDA’ nama sebab senang untk cam beg masing2( senang untk ank7 cari keperluan masing2 sbb bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing2 ..ada yg uzur& sebagainya) 4) Semua anak7 mestila ‘BERKASUT’ untk keselamatan & melancarkan perjalanan sepanjang travel ( bnyk pegerakan semasa travel - walaupun puteri tp ke sana ke mari jugak) 5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport ( sebab passport papa akan pegang dan bila smpi giliran pengenalan identiti papa akan bg ikut numbering- x perlu dah bukak bukak) 6) Keluar awal untuk ke airport sebab ank7 ramai dan masih kecik ( smpi awal xpe sebab kita x tau apa terjadi kt tengah jln ) 7) semua anak yg bawa hanset perlu memakai sling bag ( kn berhati2 dan memudahkan benda berharga ada dekat ngn kita br tak tertinggal) ( mama bg 1 org jer bawa sbb x nak diaorg asyik main gadjet semasa dlm hotel..1 tu pun supaya mama nk berhubung sbb bilik berasingan) 8)Bawa makanan ringan seperti biskut , cococrouch & honeystar dll yg ringan untk keperluan bb supya x lapar dlm perjalanan( bb x tahan lapar dan x nak dia merengek sbb urusan airport mmg lama dan kita x tau cam mn tempat org kan) 9) Selalu pesan pada anak7 supaya ‘ TEPATI MASA' agar boleh selari ngn program travel ( bg diaorg tau masa itu emas br la boleh atur kehidupan sndri) 10) Ni yg ‘LAST’ mama suka pakaikan anak7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua ‘ SAMA’ sebab senang nak ‘CAM’ anak7 jika jauh sikit dr kiter..( sebab diaorg nama jer pompuan tp sama jer cam ank lelaki..heheheh..) ( lau x travel pon mmg selalu sama..h
♬ Satu Rasa Cinta - Arief
Sumber: farishal83