[VIDEO] Sungai Petani, Kedah Miliki "Bazar Ramadan Terpanjang" Di Malaysia?
TERKINIHari ini (29 Mac) -- genap seminggu umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.
Selain resepi Khairul Aming yang setiap hari ditunggu-tunggu oleh netizen untuk idea berbuka, sehingga kadang-kala menelan air liur -- isu tentang bazar Ramadan juga antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial.
Di sebalik perdebatan hangat mengenai harga makanan yang dijual mahal dengan kualiti makanan yang semakin mengecewakan, siapa sangka rupanya wujud "Bazar Ramadan Terpanjang" di Malaysia!
Di Twitter, ada satu video viral yang dimuat naik oleh @hafizaquafiz -- di mana video dengan shot dron menunjukkan betapa panjangnya khemah-khemah yang disusun di tapak Bazar Ramadan Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.
Daripada video dron tersebut, deretan khemah putih itu dipasang di belakang kawasan perumahan penduduk dan diberi jolokan sebagai Bazar Ramadan paling panjang di Malaysia.
Bazar ramadan paling panjang dalam Malaysia???
— Lipur Desa | Lensa Cinta (@hafizaquafiz) March 26, 2023
Video full ada kat thread bawah pic.twitter.com/qRG1tsSaWG
Netizen memberikan pelbagai reaksi selepas menonton video pendek berdurasi lapan saat itu.
Ada yang menyukainya kerana mempunyai pelbagai juadah yang boleh dipilih untuk dijadikan hidangan berbuka.
Namun ada juga berpendapat ianya tidak berbaloi untuk pergi kerana sudah pasti ramai peniaga yang menjual makanan dan minuman yang sama, jadi tiada keistimewaan buat para pengunjung yang datang.
Bagi Aku Kat sp tu tak Ada apa..... Nampak ja panjang..... Tapi makanan semua Sama saja..... Dah mcm Ada 10 Gerai ja.....
— $¥€d ¶¡N¤@# (@syedrunner77) March 28, 2023
Aku suka g bazaar tp klu dah panjang mcmni, aku rasa aku tak beli pape sebab pening. Terlampau byk pilihan
— One-e (@WaniMiswan) March 27, 2023
Kalau macam gini, lepas zohor dah kena pergi, jalan2 habis semua kedai ngam2 balik berbuka
— ABANG KIAH (@adiehussin94) March 27, 2023
Dah pergi sabtu aritu.. full 1 round pusing baru 5000 langkah 1 bnda sehat untuk pejalan kaki.. 2 kali round ckup 10k langkah
— AntiWalaun (@faizdisana) March 27, 2023
Masuk bazar waktu 1 Ramadhan, keluar-keluar dah 1 Syawal. 🫠
— imagiMan (@aimanchicha) March 27, 2023