[VIDEO] “Huntonglah! Beli Roti john ‘Free’ Kasut Barbie” - Wanita Ni Kongsi Momen Lucu Balik Bazar Ramadan

TERKINI
April 03, 2023 - 07:00 PM


Hampir saban hari ada saja cerita 'kurang enak' yang didengar daripada pembelian juadah di bazar Ramadan oleh netizen.

Terbaharu, seorang wanita berkongsi momen lucu apabila roti john yang dibelinya di bazaar Ramadan mempunyai kasut mainan ‘barbie’.

Dalam video yang dimuat naik Cheqsue di akaun TikTok miliknya itu memaparkan sebuah kasut mainan ‘barbie’ berwarna putih yang terselit di celah-celah roti john.

“Untung beli dekat bazaar Ramadan sekarang. Makan roti john dapat pakej kasut barbie,” katanya.

@cheqsuenani Bila Tgk Ramai Yg Berkongsi Kisah Bazaar Ramadhan, C.su Pun Nak Berkongsi Jugak Lah Pakej Apa Yg C.su Dapat Bila Makan Roti John Khamis 30 Mac Hari Tu..😅. #SekadarBerkongsi #TakSalahkanSesiapaPun #KenanganBazaarRamadhan2023 ♬ Ngakak - Mas Gombal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kisah yang dikongsi Cheqsue. Ada di antara mereka sempat berseloroh dengan mengatakan kasut tersebut merupakan kasut Cinderella yang hilang.

“Kena cari siapa yang punya tu, sarung dekat kaki dia, ‘princess’ Cinderella punya tu. Tapi macam kaki ‘fairy tale’ saja,” kata DrKams.

“Makan roti john ‘free’ kasut Cinderella,” kata Meyyyraaa.

Perkongsian tersebut memperoleh lebih 375,000 tontonan dan lebih 1,500 komen di TikTok.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: