"Dah Kenapa Abang Panda Tu?" - Netizen Bengang, Abang Rider Serang Pekerja Wanita

TERKINI
April 05, 2023 - 04:19 PM


Viral satu klip cctv sebuah premis makanan dipercayai terletak di Pulau Pinang. Klip cctv premis tersebut berjaya menarik perhatian netizen kerana satu tindakan yang mengejutkan dari salah seorang lelaki yang dipercayai seorang penghantar makanan.

Berdasarkan video, lelaki tersebut menyerang pekerja wanita premis berkenaan dengan melempar makanan yang telah dibungkus terhadap mereka. Ia dikatakan berpunca kerana pekerja premis berkenaan menghubungi Foodpanda tentang kelewatan rider dalam mengambil pesanan.

Disebabkan kelewatan rider tersebut, sistem telah menggantikan dengan rider yang baharu untuk mengambil pesanan itu. Berang dengan tindakan pekerja premis tersebut, dia bertindak dengan menyerang mereka. Berdasarkan kenyataan dari premis tersebut, mereka sudah membuat laporan polis dan masih mengharapkan tindakan susulan yang bakal diambil

Destination: