"Elok Bainun Dera Kau Pulak!" - Pengasuh Aniaya & Hempas Bayi Hanya Kerana Tidak Henti Menangis
TERKINIKes penderaan atau menganiaya bayi ni memang tidak boleh diterima. Tidak semua orang dewasa mampu menjaga seorang bayi lebih-lebih lagi mereka yang kurang kesabaran. Baru-baru ini, viral di media sosial satu video yang berjaya dirakam aksi jelik seorang pengasuh bayi.
Kejadian berlaku harini di sebuah taska. Pengadu takut nak buat report polis. Lokasi erea Mutiara Rini, Skudai Johor.
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) May 15, 2023
Tukang amik video tak berani nk report...tlg sebarkn semoga video ni smpi pd parents baby tu. Apa ni sebahagian drpd penderaan?
Via FB Sinar Hairan pic.twitter.com/WqZeGHWLOd
Berdasarkan video, pengasuh itu kelihatan agak tertekan dan marah lalu mengangkat dan menghempas beberapa kali kerana geram dengan mangsa yang menangis tanpa henti.
Tidak cukup dengan itu, kepala mangsa ditepuk berkali-kali sambil diherdik agar berhenti menangis. Malah pengasuh itu turut meniup muka mangsa tanpa dikenal pasti tujuan. Namun perbuatannya itu membuatkan mangsa tidak berhenti menangis.
Namun, tindakan pantas polis berjaya menahan pengasuh tersebut di kawasan Bandar Selesa Jaya, Skudai pada pukul 2 pagi tadi.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di kawasan Mutiara Rini. Mangsa merupakan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan lelaki sembilan bulan.
Polis akan membuat permohonan reman di Mahkamah Johor Bahru hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,”katanya dalam satu kenyataan di sini.