Farid Kamil Mohon Maaf Pada Isteri & Ibu Mentua Konon Ada Pihak Ketiga

TERKINI
April 12, 2023 - 02:02 PM


Rumahtangga pelakon Farid Kamil dan isteri Diana Danille masih belum menemui jalan penyelesaian. Awal pagi tadi, Farid Kamil memohon maaf kepada isteri dan juga ibu mentuanya, Norsiah Ramli berhubung kenyataannya kepada media yang ada kaitan dengan pihak ketiga, ketika ditemuramah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam.

Melalui hantaran Instagram (IG), malam tadi, Farid atau nama penuh, Farid Kamil Zahari, 42, memberitahu, dia menarik balik kenyataan yang disifatkan ada hubung kait dengan pihak ketiga.

"Saya tarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (semalam).

"Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi," luahnya.

Semalam, Farid mengemukakan tawaran perdamaian kepada Diana membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.

Farid dilaporkan berkata, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Bagaimanapun, peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan, anak guamnya itu menolak tawaran berkenaan, malah tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.

Sumber: Berita Harian

Destination: