"Hukum Ziarah Kubur Pagi Raya Bukan Sunat!" - Ustaz Beri Penerangan Di TikTok
GAYA HIDUPKalau diperhatikan, amalan ziarah kubur ni antara amalan yang sering kita buat lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidilfitri. Tetapi, yang menjadi persoalan apakah hukum ziarah kubur di hari raya. Adakah sunat? Makhruh atau haram? Jom kita ikuti penerangan dari Dato' Syeikh Faisol Hj Omar.
@datosyeikhfaisol_omar Bolehkah Ziarah Kubur Pada Hari Raya ? #DatoSyeikhFaisolHjOmar #SyeikhFaisolHjOmar #SyeikhFaisol #SyeikhAhmadFaisol ♬ original sound - Dato' Syeikh Faisol Hj Omar
Amalan ziarah kubur adalah amalan yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu peringatan buat kita yang hidup dan juga untuk mengambil kesempatan saling mendoakan mereka yang telah meninggal dunia. Tiada had waktu untuk ziarah kubur.
Dalam mazhab syafie, waktu sunat untuk ziarah kubur adalah:
- bermula dari Hari Khamis selepas Asar sehingga waktu zohor hari Sabtu
Hukum ziarah kubur pada hari Raya pula tidak ada salahnya, selagi kita tidak beranggapan bahawa ziarah kubur pada hari raya adalah satu amalan sunat kerana jika beranggapan demikian hukumnya jatuh bid'ah (mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW)
Sumber: @datosyeikhfaisol_omar (TikTok)