Bapa Persoal Sekolah Meriah Sambut Guru Bersara, Lebih Baik Mengajar Dari Buang Masa
TERKINIAntara pekerjaan yang mulia sudah tentunya menggalas tugas sebagai seorang guru. Tanggunjawab yang digalas seorang guru dalam mengajar anak-anak kita dari segi akademik mahupun sahsiah diri tidak wajar disangkal. Mereka ibarat ibu bapa kedua kita.
Namun, seorang bapa bertanyakan satu soalan yang agak kontroversi. Dia memuat naik satu 'screenshot' memaparkan satu sambutan sedang diadakan di sekolah bagi meraikan guru-guru yang bersara.
Sekolah anak saya.
— Always fore right (@ahmad_golf) May 8, 2023
Nak tanya public, adakah menjadi kebiasaan event meraikan guru bersara gilang gemilang di sekolah seperti imej dibawah dilangsungkan?
Event macam ni menghabiskan hari Isnin yang sepatutnya ada sesi pembelajaran. Bagi saya ia membazirkan masa pelajar. pic.twitter.com/OrqQxGcajR
Berdasarkan ciapan di atas, jelas dia menentang sambutan yang gilang-gemilang untuk guru yang nak bersara ini. Baginya, lebih baik menggunakan masa yang terbuang untuk majlis tersebut digunakan untuk mengajar anak-anak.
Maklumbalas dari netizen jelas berbelah bagi. Namun majoriti berpendapat, tidak ada salahnya meraikan guru-guru yang telah berkhidmat dengan jayanya setelah beberapa tahun menabur bakti. Anda pula bagaimana?