Wow, Rupanya Di Thailand Ada 5 'Pantai Bogel' Tanpa Seurat Benang! Korang Yang Muslim Jangan Pergi Pula!
TRAVELBunyinya mungkin tak masuk akal tetapi kalau korang nak tahu wujud aktiviti berbogel di tempat terbuka iaitu di pantai yang mempunyai tarikan oleh pengunjung dari seantero dunia.
Maka tidak hairanlah pantai-pantai bogel di negara seperti Sepanyol, Brazil dan Itali sering menjadi pilihan segelintir individu untuk pergi bercuti.
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa negara jiran kita juga iaitu Thailand turut mempunyai pantai bogel yang semakin dikenali dalam kalangan penggemar aktiviti itu.
Berikut merupakan senarai 5 pantai bogel atau 'naked beach' di Thailand:
1. PANTAI NUI
Pantai ini terletak 51 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Phuket.
Tarikannya merangkumi kawasan teluk tersembunyi yang menawarkan ruangan privasi buat pengunjung.
Pantai ini juga sesuai untuk aktiviti berkayak dan meluncur.
Lokasi pantai bogel ini boleh diakses dengan pacuan empat roda atau basikal quad kerana jalan yang menuju ke pantai hanyalah batu kelikir.
Jika pengunjung ingin menjimatkan masa berulang-alik dari bilik hotel dan pantai, mereka boleh mendaftar masuk ke Lemon Tree Resort yang terletak hanya beberapa meter dari pantai bogel itu.
2. PANTAI MAI KHAO
Hanya terletak 7km dari Lapangan Terbang Phuket, pantai ini sememangnya mudah diakses melalui jalan raya.
Ia merupakan salah satu pantai bogel terpanjang di Thailand.
Malah, ia juga merupakan antara pantai yang belum dirosakkan dengan arus kemodenan dan menawarkan tarikan alam semula jadi yang terbaik buat pengunjung.
Mai Khao dianggap sebagai destinasi percutian tenang dan disebut-sebut sebagai pantai bogel terbaik dunia di Thailand.
3. PANTAI BIG BUDDHA
Walaupun pantai ini tidak tersenarai secara rasmi sebagai pantai bogel, ramai pelancong suka berjalan dan berenang dalam keadaan tanpa seurat benang di lokasi itu.
Ia terletak di pantai barat Koh Phra dan menghadap ke Laut Andaman.
Pantai ini agak terpencil dan terbentang lebih 10 kilometer.
4. PANTAI LEELA
Untuk tiba ke lokasi ini, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Koh Samui dan menaiki bas atau feri ke daerah Koh Phangan.
Ia merupakan sebuah lagi pantai bogel tidak rasmi di Thailand, yang mana pelancong boleh menghabiskan beberapa jam untuk berjemur tanpa seurat benang.
Terdapat beberapa banglo yang menghiasi pantai jika pengunjung memutuskan untuk bermalam di sekitar pantai bogel ini.
5. PANTAI PULAU COSY
Anda boleh sampai ke Pantai Pulau Cosy dengan menaiki penerbangan ke Phuket dan kemudian menyewa teksi.
Pulau privasi ini juga boleh diakses dengan mudah jika anda menginap di salah satu resort terbaik di Thailand iaitu Lemon Tree Resort. Ia hanya mengambil masa 10 minit pemanduan diikuti dengan menaiki bot panjang selama 15 minit ke laut untuk sampai ke pulau ini.
Anda akan menyukai setiap minit yang dihabiskan di pantai bogel persendirian di Thailand ini di mana anda boleh menonton nelayan tempatan sibuk bekerja manakala ketam kecil akan menjeling ke arah anda!
PERINGATAN! HARAM BAGI YANG BERAGAMA ISLAM BERBOGEL YA!
Meskipun pulau-pulau ini mungkin membuat anda tergoda untuk mengunjunginya tetapi diingatkan jika anda adalah seorang yang beragama Islam, ketahuilah bahawa perbuatan berbogel atau melihat orang tidak berpakaian atau mendedahkan aurat di khalayak ramai adalah ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.
Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, membuka aurat dalam keadaan berseorangan juga haram jika tiada keperluan atau hajat tertentu.
Namun, hukummnya menjadi harus jika ada keperluan seperti seseorang itu ingin melakukan qadha hajat, mandi, tabarrud (mengilangkan suasana panas), berubat, dan menukar pakaian.
Sumber: Travel Triangle