Aktivis Ditahan Polis, Rumah Di Geledah Gara-Gara #Lawan
TERKINIMasih ingatkah kalian pada #Lawan yang berlaku satu Malaysia pada 3 Julai yang lalu? Retetan dari kes dan misi tersebut telah mengundang pelbagai pihak dari kerajaan cuba menahan dan menghentikan gerakan.
Seorang pelajar dan merupakan ketua gerakan Misi Solidariti, Sarah Irdina Mohammad Ariff, 20 ditahan polis bawah Akta Hasutan dan penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul, setelah hadir untuk disoal siasat.
Susulan kejadian ini tular, orang ramai cuba menyuara dan mempertahankan hak mereka dan Sarah sebagai rakyat dan mempersoalkan mengapa tangkapan itu harus dilakukan.
1/ Sarah was arrested based on this particular tweet.
— MISI: Solidariti (@MSolidariti) July 29, 2021
The government is so desperate to stay in power that they would arrest a 20 year old because of THIS tweet. #FreeSarah #LawanIntimidasi #ActivistsAreNotCriminals https://t.co/9O4RadhQy0
Polis menahan beliau untuk melakukan satu soal siat berkenaan dengan catatan media sosial yang tular ditulis di twitter mengenai gerakan #Lawan. Dalam soal siasat itu, dikatakan telefon bimbit antara yang dirampas selain rumah digeledah pada 6.15 petang, 29 Julai 2021.
Melalui kenyataan akhbar dari Malaysiakini, Peguam Sarah, Goh Cia Yee memberitahu bahawa Pegawai dari Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman (D5) menahan Sarah setelah soal siasat di balai polis daerah Dang Wangi. Sarah disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau direman selama satu malam di lokap Jinjang, sebelum ini berada di Dang Wangi. Melalui perbicaraan Goh, Peguam Sarah, Sarah ditangkap tanpa ada sebarang waran.
Selepas media melaporkan mengenai penangkapan Sarah, beberapa kumpulan mengecam tindakan itu dan menggesa pembebasannya.
#FreeSarah update: Sarah's just been released. Was present with Sarah today at the police station. Cracked some jokes to make her feel at ease but it was her first time being questioned by the police. My respect to her and her friends for the work they are doing. pic.twitter.com/fSkqSjQYe1
— Goh Cia Yee 🏴 (@gohciayee) July 29, 2021
Setelah kejadian itu tular, updater terbaharu dari pemilik Twitter peguam itu memberitahu bahawa Aktivis Sarah Irdina Mohammad Ariff telah dibebaskan daripada tahanan polis sekitar jam satu pagi tadi, selepas disoal siasat selama 10 jam atas dakwaan hasutan dan penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar.
Sumber: Malaysiakini