‘Semua Kes Ini Tiada Kaitan Dengan Bola Sepak’ - TMJ
TERKINIPemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar tindakan beberapa pihak yang menunding jari terhadap dirinya dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan mengaitkan mereka dalam beberapa insiden jenayah di negara ini.
Jelas Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, kejadian malang yang menimpa tiga pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim tidak mempunyai kaitan langsung dengan dirinya termasuklah arena bola sepak.
Tambah baginda, kemalangan membabitkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias yang cedera para selepas motosikal ditungganginya dirempuh dan diseret sejauh 100 meter baru-baru ini juga tidak wajar dikaitkan dengan dirinya.
Luah baginda lagi, ada juga pihak yang cuba menyalahkan dirinya berhubung kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi sehingga mengorbankan dua anggota polis.
Dalam hantaran yang sama, baginda menyeru semua pihak bersatu bagi menghentikan keganasan yang berlaku sambil berseloroh dengan membuat tandar pagar ‘ini semua salah TMJ’.
“Tetapi mari kita beramai ramai buat solidariti ‘stop violence in football’ (hentikan kegasanan dalam bola sepak),” katanya.