Sebulan Berlalu, 'Senyap' Tiada Perkembangan Dari Polis - Peguam Selangor FC

TERKINI
June 13, 2024 - 05:19 PM


Seperti sedia maklum, Pemain bola sepak kebangsaan dan juga Selangor Faisal muncul buat pertama kalinya di khalayak selepas insiden disimbah asid. Ketika sidang media tersebut, pihak Selangor mahupun Faisal Halim sendiri berkongsi dengan lebih terperinci tentang apa yang telah berlaku dan juga proses pemulihan yang telah dilalui

Ketika sidang media tersebut juga, peguam Selangor FC, Haijan Omar mendedahkan bahawa sehingga kini pihak anak guamnya termasuk tonggak Harimau Malaya Faisal Halim tidak dimaklumkan berkaitan perkembangan siasatan insiden simbahan asid bulan lalu.

Haijan yang turut mewakili Faisal memaklumkan selain daripada kenyataan umum Polis, sehingga kini Selangor FC dan pemain itu tidak diberitahu perkembangan lanjut mengenai kes berkenaan.

Beliau berkata, walaupun tiada perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa namun beliau percaya Polis sedang melakukan siasatan dengan terbaik dan mempunyai tahap profesionalisme untuk mengheret pesalah ke muka pengadilan.

"Kami mempunyai keyakinan penuh Polis sedang melakukan siasatan dengan terbaik dan tahap profesionalisme tinggi dengan akhir saya percaya boleh mengheret pelaku.

"Amat jelas dan kami percaya ia adalah sesuai untuk di siasat di bawah kesalahan jenayah serius Seksyen 326 Kanun Keseksaan (KK) kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata bahaya atau Seksyen 307 atas percubaan membunuh membunuh. Saya percaya Polis adalah lebih pakar dan tahu apa yang sesuai untuk kes ini," katanya, katanya dalam sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, di sini, sebentar tadi.

Destination: