Pemandu Grab OKU Dakwa Dipukul 'Bodyguard' TMJ Enggan Panjangkan Kes, Selesai Cara Baik – Polis

TERKINI
May 29, 2024 - 03:14 PM


Seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam telah membuat laporan polis kedua menyatakan telah menyelesaikan perkara yang berlaku secara baik.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pengadu juga menerusi laporan yang dibuatnya jam 9.59 malam tadi tidak mahu memanjangkan kes.

Terdahulu pengadu telah membuat laporan polis pertamanya pada pukul 1 tengah hari semalam.

Jelas Rusdi dalam kenyataan yang dikeluarkan, kejadian tersebut berlaku dipercayai salah faham berkaitan arahan pergerakan mengalihkan kenderaan.

Sehubungan dengan itu, tegasnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini.

Destination: