Pemandu OKU Ditumbuk Rombongan VIP Dedah Bukti Video, Menangis Tuntut Keadilan
TERKINIPemandu OKU e-hailing yang mendakwa diserang oleh anggota rombongan VIP mendedahkan klip rakaman dashcam pada hari kejadian.
Kebal sangat kan...pic.twitter.com/BKop5Om3yS https://t.co/Eoe2FDTnJZ
— ᴊᴏᴇ ʟᴇᴇ (@iamjoelee) August 14, 2024
Ong Ing Keong,48 tahun jelas kecewa lalu menangis ketika video yang memaparkan insiden dimana dia ditumbuk oleh seorang pengiring ketika penumpangnya baru masuk ke dalam kereta.
Peguamnya, N Surendran berkata, sudah hampir dua setengah bulan kejadian itu berlalu dan melahirkan kekecewaan kerana tidak ada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.
“Saya tidak tahu apa sebabnya, kerana bukti adalah jelas.
“Tiada siapa yang diheret ke muka pengadilan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan siasatan kes pemandu OKU dipukul pengiring VIP selesai selepas 12 individu sudah beri keterangan