TMJ Arah Siasatan Telus & Menyeluruh Kes Pengawal Peribadi Tumbuk Pemandu OKU
TERKINIPemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail tidak menyokong sebarang perbuatan atau tindakan mengugut yang menyalahi undang-undang dilakukan oleh mana-mana pihak.
Sehubungan itu, baginda bertitah agar pihak berkuasa menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring baginda yang didakwa melakukan perbuatan tersebut.
Merujuk kepada kejadian yang berlaku di St Regis Hotel Kuala Lumpur pada 28 Mei 2024, saya telah dimaklumkan pada hari berikutnya dan dengan segera saya menggesa pasukan pengiring keselamatan Polis Diraja Malaysia untuk bekerjasama dengan pihak penyiasatan.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) May 31, 2024
Saya tidak… pic.twitter.com/WHw8akC0yk
“Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang. Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya.
“Saya berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa,” titahnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Tunku Mahkota Ismail turut bertitah agar semua pihak menghormati siasatan yang dijalankan pihak berkuasa.