Bagaimana Nak Urus Wang Moratorium Dengan Bijak? Ini 5 Tips Nya

TERKINI
July 05, 2021 - 03:11 PM


Baru-baru ini kerajaan memperkenalkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu rakyat ketika pandemik. Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan dalam satu pengumuman iaitu penawaran moratorium sehingga enam bulan buat semua individu tanpa syarat.

Melalui pengumuman tersebut, isu penangguhan telah dibahas secara aktif di media sosial, mengulas mengenai relevansi atau isu tidak memperoleh dana penangguhan.

Pada masa yang sama, pengguna Facebook Azizul Azli Ahmad, sebagai orang yang sering membincangkan masalah kewangan, tampil untuk berkongsi lima petua berguna untuk menggunakan dana yang ditangguhkan itu. Berikut adalah beberapa cadangan yang dikongsinya.

 

1. Buat simpanan Dana Kecemasan

Jika kita ada hutang setiap bulan RM1,200 x 6 bulan maka kita akan ada RM7,200 simpanan kecemasan. Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja. Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup.

Gaji yang masih ada guna dahulu, duit kecemsan yang digunakan apabila ada KEPERLUAN. Kalau nak beli PS5, itu bukan satu kecemasan namanya!

 

2. Selesaikan hutang kad kredit

Menyelesaikan hutang sangat penting kalau tdiak mahu nama di blacklist. Duit moratorium harus di manfaatkan dengan melangsaikan hutang secara berperingkat. Kenapa kad kredit? Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Kadarnya di antara 12-15%. Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.

 

3. Selesaikan baki hutang kecil

Sekiranya kita mempunyai semua dana kecemasan, gaji yang stabil, dan syarikat yang baik, pertama-tama cuba selesaikan hutang yang mampu dimiliki dan hutang terkecil. Katakan kita mempunyai baki hutang pembiayaan peribadi sebanyak RM3,000.

Maka yang terbaik adalah menyelesaikan salah satu daripada empat hutang kita. Ini dipanggil kesan bola salji. Melunaskan baki hutang yang paling rendah.

 

4. Ambil kembali emas yang dipajak di Ar-Rahnu

Kadar yang dikenakan oleh Ar-Rahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun sudah jadi 15.7% . Sangat tinggi kadarnya. Yang mana tingga; tu simpan sahaja di rumah sendiri.

 

5. Laburkan Kembali

Tip ini sesuai bagi individu yang mahir dengan pelaburan sahaja dan bukan untuk yang baru nak cuba. Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Belajar terlebih dahulu mengenai pelaburan sebelum melakukannya, jangan baru dengar semalam terus nak labur.

Sebagai seorang yang masih baru dan pertama kali dalam pelaburan, pastikan berguru dengan orang yang betul jangan sekadar lihat jari telunjuk orang lain terus mahu ikut sekali. Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.

Sumber: The Vocket