Indonesia: Lelaki Siar Secara Langsung Gantung Diri Di Tiktok

TERKINI
September 10, 2021 - 06:50 PM


Bahayanya... bayangkan korang buka Tiktok untuk berhibur, terus trauma nampak siaran langsung orang bunuh diri. 

Seorang lelaki Indonesia berusia 29 tahun nekad membunuh diri di kediamannya dan disiarkan secara langsung melalui aplikasi TikTok menerusi laporan CNN Indonesia.

Kejadian berlaku di rumah susun di daerah Bidara Cina, Jatinegara, Jakarta Timur, semalam.

Jurucakap Polis Jakarta Timur, Markon Samuel berkata, polis bergegas ke kediaman lelaki tersebut selepas mendapat maklumat daripada penduduk setempat, dan aksi gantung diri tersebut diketahui dari rakan mangsa yang turut sedang menonton secara langsung di Tiktok.

Markon berkata, motif bunuh diri itu masih belum diketahui dan polis tidak menemukan apa jua nota berkaitan kejadian tersebut. Menurutnya, polis telah menyoal siasat beberapa saksi susulan kejadian itu.