Lima PPV Beri Vaksin Secara Walk-In Mulai Esok

TERKINI
September 15, 2021 - 07:26 PM


Sebanyak lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang terpilih di Lembah Klang melaksanakan pendekatan quick-win yang membenarkan ‘walk-in’ bermula esok sehingga 30 September ini. 

Lima pusat berkenaan adalah Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Bangi; Multimedia University (MMU), Cyberjaya; Axiata Arena, Bukit Jalil; Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL British BMI), Gombak dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam – HCO B. 

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan menyebut, ia adalah strategi mengoptimumkan sumber bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) seiring jumlah kehadiran yang rendah untuk mendapatkan suntikan vaksinasi secara walk-in di PPV sekitar Lembah Klang. 

“Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang juga boleh mendapatkan suntikan vaksin di lima PPV itu. 

“Bagaimanapun, walk-in di negeri-negeri lain akan diteruskan dan orang ramai

dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman yang dibuat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing untuk maklumat terkini berhubung inisiatif walk-in di negeri masing-masing,” katanya. 

Kenyataan itu menyebut, CITF mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Kesihatan (KKM) bagi penglibatan ProtectHealth Corp Sdn. Bhd. untuk inisiatif walk-in ini. 

“Perbincangan tertumpu kepada menyebarluaskan inisiatif walk-in bagi populasi dewasa warga Malaysia di klinik pengamal perubatan swasta am di Lembah Klang. 

“ProtectHealth dijangka mula menawarkan perkhidmatan klinik perubatan swasta yang terpilih untuk walk-in warga tempatan pada 1 Oktober ini,” katanya. 

Berkaitan pengambilan dos kedua susulan PPV yang ditutup di Hulu Selangor dan Kuala Selangor, kenyataan itu memaklumkan, mereka boleh mendapatkan dos kedua secara walk-in di klinik seperti di bawah:

Hulu Selangor, 

Klinik SP Care Antara Gapi

No. 43 & 43A & 45 Jalan Gapimas 1, 

Laman Gapimas, 

48200 Serendah, Selangor.

Kuala Selangor, 

Poliklinik Medi Ihsan, 

No 9-G, Jalan Gaya Merak 1, 

Taman Gaya Merak, 

45700 Bukit Rotan, Selangor.

Poliklinik Medi Ihsan

No 7-1 Jalan Makmur 1

Taman Makmur

45500 Tanjung Karang

Selangor.

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian PICK di 1800-888-828.